Expect ‘hiccups’ at KLIA2

New surroundings: Members of the public exploring KLIA2 during the open day.
KUALA LUMPUR: Low-cost carriers using Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) during its inaugural opening this Friday are expected to run into “hiccups” despite the airport being deemed safe for operations.

“Without a doubt, there will surely be normal teething problems and hiccups. However, the airport can operate and is safe for use,” said Public Accounts Committee (PAC) chairman Datuk Nur Jazlan Moha­med at a press conference in Parliament House here yesterday.

He said this was PAC’s view after having called Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB), Transport Ministry and AirAsia for a hearing to determine the reasons behind protracted delays and cost increase of the RM4bil project.

Although AirAsia had no issues with the construction and operations of the airport’s main terminal building, Nur Jazlan said concerns were raised over ongoing works by MAHB to rectify ground subsidence at the curtain runway outside the aircraft parking bays.

He said the low-cost carrier, which handles some 500 flights a day accounting for 80% of the airport’s business, expressed concern that the ongoing works would hamper security with regard to the disembarkation and transfer of passengers.

“They (AirAsia) are concerned about water accumulation or ponding next to the aircraft parking bays, especially if there is a heavy downpour,” he said.
On a separate matter, Nur Jazlan said AirAsia had denied MAHB’s allegations that the airline company had made “demands” for certain facilities and preferential treatment.

Among MAHB’s claims denied by AirAsia were that the company had demanded KLIA2 to handle 45 million passengers a year, 76 parking bays and the development of an automated passenger baggage system, including a museum and spa.
 
He added that AirAsia also denied that the company had refused to move to the new airport on May 2, saying they had only raised concerns about shifting their entire operations in such a short space of time.
 
However, he said there were still matters for the PAC to investigate, including requesting MAHB to hand over the list of consultants involved with the project to determine their qualifications and track records.
 
Nur Jazlan said the PAC also questioned the development of the RM100mil Electric Light Rail to connect KLIA and KLIA2 by a mere one kilometre while imposing a charge of RM2 on passengers.
Although not fixing a time frame, he said a report on PAC’s findings would be tabled in Parliament once completed and also made public.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kapal terbang MH370 di lautan Hindi

AGENDA AWANI MH370

Bukti Terkini MH370 : Ikuti Analisa & Kajian Kapten Nik Huzlan Yang Bakal Hapuskan Segala Teori & Hipotesis Sebelum Ini! : Sudah lebih 3 minggu telah pun berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi Mh370 disbealik pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini.Terbaru didedahkan maklumat terbaru yang menunjukkan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China.

Gambar Bukti Terkini MH370 di Beijing China

Melihatkan bukti terbaru ini dan berdasarkan analisa Kapten Nik Huzlan, ini jawapannya :










  • Nampak terang di sini pesawat Mh370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah
  • Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang
  • Dan ini bermakna pesawat Mh370 tidak mengalami kerosakan seperti yang benar didedahkan oleh seorang juruterbang berpengalaman berdasarkan (TEORI DI SINI)
  • Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaru inu dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yangmengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja
  • Buat pertama kalinya, pesawat Mh370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan
  • Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat Mh370 melakukan pusingan kanan sebaik sahaja Co Pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang
  • Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, Mh370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia
  • Jikalau pesawat Mh370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu Mh370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?
  • Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti
  • MH370 RadarDan….jikalau ada kecemasan sekalipun, juruterbang dan co Pilot tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?
  • Dan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi Dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakanlaluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar. 

Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014)
  • Pesawat Mh370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi
  • Pergi ke Penang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi
  • Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat Mh370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat Mh370 ini
Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jerebu

Jerebu: 124 pelajar Malaysia di Pekan Baru dipindahkan ke Medan

2014/03/15 - 19:10:51 PM

JAKARTA: Sejumlah 124 pelajar Malaysia yang menuntut di Universitas Islam Negeri Syarif Kasim, Pekan Baru dipindahkan ke Medan pagi ini berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di kawasan berkenaan. 

Pengarah Education Malaysia Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata kesemua pelajar berkenaan dan seorang bayi dipindahkan dengan menaiki bas dan akan ditempatkan di Asrama Haji di Medan. 

"Education Malaysia telah berhubung dengan Konsulat Medan dan Konsulat Pekan Baru bagi membincangkan proses evakuasi pelajar Pekan Baru. Pelajar berkenaan akan berada di Medan sehingga keadaan di Pekan Baru selamat," katanya di sini, hari ini. 


Pada masa ini, seramai 160 pelajar Malaysia menuntut di universiti berkenaan. Sebanyak 36 pelajar sudah pun berada di Malaysia. 

Selain Pekan Baru, keadaan di Jambi dan Padang juga dilaporkan semakin terjejas akibat masalah jerebu. 

Namun, keadaan di Pekan Baru dilaporkan paling teruk dengan keadaan udara makin tidak selamat untuk masyarakat dan jarak penglihatan dilaporkan kurang 200 meter. 

Menurut bacaan Indeks Standard Pencemaran Udara (ISPU) yang dikeluarkan Kementerian Lingkungan Hidup Indonesia, bacaan terkini berada pada paras 330, iaitu bahaya serta diisytiharkan sebagai darurat oleh pihak berkuasa tempatan. 
Lapangan terbang di Pekan Baru dan kebanyakan sekolah dan universiti juga ditutup. 

Mengulas lanjut, Juzhar berkata Education Malaysia sudah berurusan dengan pihak universiti itu supaya memberi cuti kepada pelajar berkenaan. 

"Pihak kami (Education Malaysia) membuat persediaan awal untuk melaksanakan proses evakuasi dengan penyediaan pengangkutan, penginapan dan makan minum pelajar semasa di Medan nanti," katanya. 

Dalam pada itu, Juzhar berkata prosedur operasi standard (SOP) bencana masih diaktifkan oleh semua pelajar Malaysia di Jambi, Pekan Baru dan Padang. "Sehingga kini, semua pelajar berada dalam keadaan berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar bagi mengelak masalah kesihatan. 

"Topeng penapis udara dan ubat titis mata yang dihantar Education Malaysia sebelum ini juga sudah digunakan sepenuhnya dan memerlukan penambahan untuk diagihkan kepada pelajar di Pekan Baru, Padang dan Jambi jika keadaan semakin teruk," katanya. 

Beliau berkata Education Malaysia akan terus memantau keadaan di tempat-tempat berkenaan dan situasi itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pekan Baru, Juanda Porigi berkata 11 pelajar terpaksa mendapatkan rawatan di hospital akibat masalah pernafasan berikutan masalah jerebu itu. - BERNAMA 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasuah pembinaan UMK jeli

SPRM buka 18 kertas siasatan Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 18 kertas siasatan berhubung tindakan susulan terhadap Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober dan 2 Disember tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, siasatan bagi semua kes berkenaan sudah selesai dan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara termasuk mengambil keterangan saksi. Katanya, antara kes disiasat termasuk tuntutan palsu di Kementerian Kerja Raya di mana pengarah mengesahkan Sijil Perakuan Siap Kerja bagi pembinaan Asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli bernilai RM23.6 juta dan Kampus UMK di Bachok bernilai RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi dan tidak disiapkan sepenuhnya kontraktor. “Selain itu, kes Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula membabitkan aktiviti rasuah serta penyelewengan berhubung perolehan pokok instan untuk menambah baik Taman Dusun Bandar dengan membuat pembelian pokok instan yang berharga lebih tinggi daripada pasaran. “Kes seterusnya membabitkan pegawai Akademi Kemahiran Belia Golf Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memperakukan tuntutan bayaran elaun RM100 sebulan bagi tempoh enam bulan dan bayaran elaun latihan industri RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada 60 pelatih sedangkan dikatakan ada pelatih tidak menerima kedua-dua elaun itu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini semalam. Ali berkata, kes keempat membabitkan dua syarikat yang membuat tuntutan mengandungi butiran palsu berhubung Karnival Mesra Belia Parlimen Alor Setar, Jelebu dan Muar yang diadakan pada 2012 bernilai RM34,600 dan RM186,300 bagi perkhidmatan khemah dan platform serta perkhidmatan artis dan juruacara sedangkan sebenarnya tuntutan itu sudah dibayar Majlis Belia Malaysia. “Kes kelima membabitkan pegawai Majlis Belia Malaysia (MBM) mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Belia dan Sukan, KBS berkaitan Program Pemberian Bantuan pada 2011 kepada MBM membabitkan wang sejumlah RM1.53 juta sedangkan program itu tidak dijalankan. “Sementara itu, kes keenam pula membabitkan tuntutan palsu Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung Projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 iaitu dua tuntutan dibuat bagi tempoh 2007 hingga 2012 membabitkan bayaran sebanyak RM3.34 juta sebagai kos seminar dan lawatan ke luar negara dan tuntutan RM1.03 juta sebagai bayaran pembekalan perkakas dan perisian. “Bagi tempoh 2007 hingga 2010, tuntutan bayaran perkhidmatan promosi dan publisiti sebanyak RM3.19 juta sedangkan projek sudah dibatalkan,” katanya. Beliau berkata, siasatan juga dibuat ke atas kes penyalahgunaan kuasa pegawai dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membabitkan projek penambahbaikan Loji Thermal Oxidation bernilai RM34 juta di mana pada masa itu, ada satu kes timbang tara antara syarikat Chain Cycle Sdn Bhd dengan KPKT dan perkara itu adalah dalam pengetahuan kementerian itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masalah Air

Lembah Kelang hadapi masalah air jika panas berterusan

February 13, 2014
Paras air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate yang ketika ini mempunyai simpanan air kurang daripada 60 peratus akan terus merosot.












HULU SELANGOR: Penduduk Lembah Kelang termasuk Putrajaya bakal berhadapan masalah bekalan air bersih yang kritikal jika cuaca panas yang melanda negara ketika ini berlarutan tiga minggu lagi.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jika berterusan, paras air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate yang ketika ini 
mempunyai simpanan air kurang daripada 60 peratus akan terus merosot, sekali gus memberi kesan besar kepada kira-kira dua juta pengguna yang bergantung kepada sumber air dari kawasan tadahan itu.
“Ketika ini simpanan air di Empangan Sungai Selangor hanya berbaki 57.63 peratus manakala Empangan Klang Gate sebanyak 58 peratus dan jika tiada hujan dalam masa 16 hari, takungan air boleh menurun sehingga 45 peratus.
“Walaupun kedudukan baki simpanan air masih terkawal, namun kementerian perlu melakukan sesuatu kerana jika keadaan kemarau berterusan kita akan memasuki tahap kritikal dan catuan air mungkin perlu dilakukan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Empangan Sungai Selangor, di sini hari ini.
Empangan Sungai Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor mampu menampung ketinggian air maksimum 220 meter dan membekalkan 60 peratus sumber air di Lembah Klang.
Bagi menangani masalah itu, Mahdzir berkata berkata beliau telah mengarahkan kementerian, kerajaan negeri Selangor serta operator pengagihan air di kawasan terlibat bermesyuarat selewat-lewatnya minggu depan bagi merangka tindakan yang perlu diambil jika paras air di kedua-dua empangan terus merosot.
Beliau berkata selain catuan air, langkah lain yang boleh diambil ialah melaksanakan pembenihan awan bagi meningkatkan lagi kadar hujan.
“Pembenihan ini akan dilaksanakan di kawasan tadahan Empangan Sungai Selangor dan kawasan lain sekiranya simpanan empangan tersebut mencapai tahap 45 peratus iaitu 103.50 juta meter padu,” katanya dan menambah penurunan itu turut disebabkan peningkatan dan penggunaan air di Lembah Klang.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan paras air di empangan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang masih terkawal dan tidak kritikal walaupun cuaca panas dan kemarau sedang melanda negeri berkenaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS